Wednesday, August 15

See You di IPT



  Pemandangan pada waktu senja di tepi tasik ini benar-benar membuat aku terpukau. Airnya tenang setenang jiwaku. Mataku terarah pada sekawan burung yang berterbangan bebas di awan nan biru. Peluh yang menitis di dahiku pantas kuseka menggunakan tuala ‘goodmorning’ yang memang tersedia di bahuku. Lelah berjoging sebentar tadi semakin hilang. Fresh ! Macam nilah tenang. Otak pun tak semak! Desis hatiku.
    Kelihatan kanak-kanak bermain riang bersama rakan-rakan mereka tanpa memikirkan sebarang masalah sekeliling. Kan best kalau dapat jadi budak-budak balik. Buat hal sendiri saja. Kita pakai comot-comot pun orang kata comel. Aku pernah terbaca sebuah artikel yang menyatakan kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa. Aku tersenyum. Benarlah itu!
      Tett.. Tett.. Tett..
   Lamunanku terhenti apabila terasa gegaran di saku tracksuit lalu menyeluk tanganku. Sepasang mataku terarah pada screen Galaxy Ace Advanced kesayanganku. “ Message dari mamalah.” Aku mengeluh.
       Fir, jangan lupa ambil Hudiya dekat Tuition Centre pukul 6 tau.
       Nanti Diya tertunggu-tunggu pulak. Thanks sayang. J
    Mataku mengerling ke arah jam tangan. Ada lagi 20 minit sebelum adik balik. Awal lagi kalau nak gerak sekarang. Dari sini nak ke Tuition Centre tu tak sampai 10 minit pun. Masuk ni, dah 3 kali mama pesan benda yang sama. Haissshh, mama. Fir belum nyanyuk lagilah. Aku mengambil kata putus untuk berlari anak satu pusingan sebelum menjemput Hudiya.
      Headphone di telinga kubetulkan. Lagu See You Di IPT dendangan kumpulan nasyid UNIC menyapa telingaku. Alangkah indahnya mempunyai cinta seperti lirik yang tertera dalam lagu ini. Tapi, masih adakah lagi gadis yang pandai menjaga batas-batas pergaulan dan pandai menjaga mahkota mereka sebagai perempuan? Hmm, sendiri fikirlah. Sepanjang larianku, aku perasan banyak mata-mata gadis yang  memandang sambil tersenyum-senyum. Huh! Dah biasa dah. Ada satu hari ni, boyfie dia depan mata, sempat lambai-lambai pada aku. Apalagi, terus mengamuk balak dia.
      Aku meneruskan larian terus ke parkir motosikal. Menghidupkan enjin lalu terus meluncur laju ke Tuition Centre.
    “ Mama! Hantar Diya pergi sekolah boleh? Diya taknak pergi dengan abanglah. Abang Fir bawa motor, nak terbang Diya tau!” Hudiya memeluk lengan mama, Puan Hamani. Puan Hamani tersenyum manis kepada satu-satunya anak perempuan yang dia punya. Dahulu, Hudiya mempunyai seorang kakak bernama Hudna Adriana yang juga merupakan adik pertamaku. Tapi sayang, Allah lebih sayang akan si kecil itu. Umurnya tidak panjang. Si kecil itu hanya mampu melihat dunia setelah di iqamatkan. Arwah pergi meninggalkan kami kerana jantungnya yang tidak kuat.
    “ Mama ! Ish, mama ni. Berangan pulak. Boleh tak, ma?” Hudiya melambai-lambai tangannya di hadapan Puan Hamani. 
    “ Tak bolehlah sayang. Ikut Abang Fir je lah. Pergi saing sekali. Mama ada hal lepas ni.” Puan Hamani memujuk anak daranya yang sudah muncung sedepa itu. Puan Hamani mengakui bahawa anak bongsunya itu seorang yang manja walaupun sudah berusia 14 tahun. Sebenarnya, selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSRnya, Hudiya telah mendapat tawaran untuk ke Sekolah Berasrama Penuh di Pahang. Beria Hudiya menolak tawaran tersebut dan lebih memilih untuk sekolah berdekatan rumah sahaja atas sebab tidak mahu berjauhan dengan keluarga.

   Aku yang mendengar perbualan tersebut menyampuk, “ Alah, mengadalah adik ni. Dahdah. Diya ikut abang cepat. Kita dah lambat ni. Abang bawak slowmotion  ye tuan puteri ! Huh! Takut si Nik tu nampak tudung dia serabailah tu.” Hudiya menampar lenganku lalu menjegilkan matanya. Hudiya mencapai beg sekolahnya lalu terus bersalaman dengan Puan Hamani lalu mengucup pipi mama.
      Aku yang sudah lama tersedia di atas motosikal kesayanganku menyakat Hudiya, “ Tuan Puteri Hudiya , tuan puteri tak nak kiss Mr. Handsome ni ke?” Aku meletakkan jari telunjuk di pipi sambil mengenyitkan mata. 

 Hudiya menjelirkan lidah lalu berpaut pada bahuku untuk memanjat ke atas motor. “ Tak payah nak kiss sangat ye ! Pelempang nak?” Hudiya menjeling tajam ke arahku.    “Alahai. Adik sayang abang ni merajuk ye. Abang guraulah. Dah jom. Nanti pengawas tahan, lagi susah. Ma, kitaorang gerak dulu ye. Assalamualaikum. Bye Ma, take care.” “ Baik-baik bawak adik tu Fir. Waalaikumussalam.”  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

   “ Fir ! Firas Imtiyaz !” Aku menoleh ke arah suara yang memanggilku. Alamak! Minah ni lagi.. Aku tersenyum ‘manis’ lalu memandang seorang gadis yang sedang berdiri betul-betul dihadapanku.

   “ Ye, Tiz. Awak nak apa ni? Aku mematikan enjin motosikal lalu menggalas beg. “ Saya dah lambat nak masuk kelas ni. Nanti ada masa, kita jumpa, okay? Bye Tiz.” Aku melambai tangan sambil mengerdipkan sebelah mataku. Kenapa? Saja je. Siapa suruh menggedik depan aku. Tiz tersenyum manja. 
“ Bye, Fir!”

    Aku yang mendengar hanya memekakkan telinga. Aku mengakui bahawa Tiz mempunyai wajah yang sempurna, tinggi dan seorang yang manja. Semua jejaka yang melihatnya, pasti akan terpesona dengan lenggokan suaranya. Tetapi tidak aku. Aku tidak mengerti kenapa tapi cara Tiz tidak menarik minatku langsung! Malah ianya sangat merimaskan. Bukan juga niatku untuk mempermainkan perasaannya. Tapi, sudah acap kali aku mengingatkannya bahawa hubungan aku dan dia hanya sekadar kawan and not more than that! Jadi, jangan salahkan diriku.

   “ Fir ! Kau dah jumpa  freshy yang baru masuk sekolah kita? Seriously dude ! She’s gorgeous ! Ehem, jangan-jangan, tu awek yang dalam mimpi kau tu kut. Yang kau beria cerita pada aku semalam tu. Hahaha ! Manalah tau jodoh kau ke kan.” Izzat menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku dalam keadaan yang berpeluh-peluh. Mimpi ? Ya, sejak akhir-akhir ni, aku asyik bermimpi tentang kehadiran seorang gadis yang tidak aku kenali. Tapi, mimpikan ? Mainan tidur…

   “ Hish ! Kau daripada mana ni Jad? Tak tahu pulak aku tadi ada marathon. Berpeluh macam orang baru lepas mandi! Sana sikitlah! Duduk bawah kipas tu. Keringkan badan kau.”    “ Huhu. Sorrylah bro. Tadi aku kacau Adra . Dia kejar aku gila punya. Fuh, dengan tenaga kelakian aku ni, dapatlah jugak lari. Hehehe. Hah ! Kau ada jumpa tak? Budak sains teknikal tak silap aku. Form 4.” Izzat melonggarkan tali lehernya lalu membuka butang kemeja paling atas. Panas ! gumamnya.

    “ Entah! Tak ada kut. Aku tak keluar kelas lagi dari tadi.” Aku meneruskan bacaanku yang tergendala sebentar tadi. Aku mencapai pen dan buku nota lalu mencatatkan sesuatu di atasnya. 

     “ Oh, ye ke? Hmm, aku bagitahu je. Manalah tahu dia gadis yang kau cari-cari selama ni kan?” Izzat tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putihnya yang cantik tersusun. Aku tidak menafikan bahawa Izzat seorang jejaka yang tidak kurang hebat kacaknya. Tetapi, disebabkan perangai dan sifatnya yang gila-gila a.k.a. terlebih mesra alam membuatkan gadis-gadis lebih selesa bersahabat dengannya. Izzat. Dia merupakan sahabat karibku sejak dari tadika lagi. Bak kata parents kitaorang, dah macam isi dengan kuku. Sentiasa bersama. Walaupun kadang-kala kami diibaratkan seperti anjing dan kucing, selalu bergaduh tetapi , air yang dicincang, takkan putuskan?  Begitu utuhnya persahabatan kami.
      “ Banyaklah kau. Dahlah. Malas aku nak layan.”
      “ Eleh , yelah Fir. Hm ,kau dah makan belum ni? Aku nak pergi beli roti. Kau nak ? My trip! Tapi, kau kena bayarlah. Hehehe.”
      “ Hampeh punya member! Kedekut! Tak payahlah. Aku kenyang lagi ni. Jad ! Kau nak follow aku tak pergi library petang ni? Aku nak stayback lah. Lagipun, Diya ada futsal petang ni. So, aku kene tunggu dia.”
      “ Alaaa, kau salah masa lah bro. Esok bolehlah. Petang ni, akak aku dari UK tu nak balik.”
     “ Akak kau? Amani? Oh, tak apalah kalau macamtu. Kirim salam dia ye.”
    “ Ehem, rindu kak long aku ke Fir? Huh! Jangan berangan ! Dia dah kahwinlah! Terlambat sudah.”
     “ Woyy! Memang tak lah kan. Blahlah kau!” Aku membaling buku ke arahnya. Chedd! Sasaranku tidak mengena. Cepat jugak mamat tu lari. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

       Suasana di dalam perpustakaan sunyi. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah. Ada yang berkumpulan ada juga memilih untuk bersendirian. Ada juga segelintir pelajar yang ‘khusyuk tawaduk’ membaca buku. Terhangguk-hangguk kepalanya. Khusyuk sangat tu. Aku tergelak. Tapi, dalam hati jelah. Gila nak gelak dalam library tiba-tiba? 

       Aku memilih untuk duduk di meja yang hanya menempatkan sebuah kerusi sahaja. Selalunya, kalau Izzat, Afwan, Shah dan Ku Irel ada sekali, kami memilih meja yang menempatkan 6 buah kerusi.        Aku berjalan perlahan ke meja kosong yang terletak di penjuru library. Nasib baik dekat dengan kipas. Sesekali aku tersenyum kambing apabila segelintir pelajar perempuan membuat ‘jelingan menggoda’ kepadaku dengan ‘seikhlas hati’. ‘Hmm, homework dah beres. Nak buat latihan chemist sekejap, then baliklah.’ Hatiku berbicara sendirian. Buku rujukan! Tersangat penting. Otak aku nak pecah jawab soalan gila ni. Aku mengatur langkah ke rak-rak buku yang menempatkan buku-buku rujukan. Found it! Tanganku pantas menggapai buku tersebut. Sepasang mataku terpaku pada sekujur tubuh yang sedang bersandar pada rak di sebelahku.
  
     Jantungku berdegup kencang. Fir! Istighfar Fir! Istighfar! Mataku masih terarah pada wajah yang tampak tenang dengan hijab yang tersarung dikepalanya. Gadis itu! Mimpiku! Ahh, mana mungkin! Kebetulan? Maybe…

      Gadis itu seakan dapat merasai bahawa ada mata yang sedang memerhatikannya lalu mengorak langkah tergesa-gesa sambil memeluk erat buku yang sedang dibacanya tadi. Aku melihat sebuah buku yang berupa diari di rak buku tempat gadis itu berdiri tadi. Eh, buku siapa ni? Aisy’ Farhani Izzudin ! Dia ke?  “ Saudari , diari awak!” Dia menghentikan langkah lalu menoleh ke arahku. Dia menyambut huluran diarinya dari tanganku. “ Terima kasih.”
        “ Awak, sorry sebab tenung awak macam tu tadi. Saya cuma tak pernah nampak awak. Hm , new student? Correct if I’m wrong.” Aku terpaksa menunduk sedikit supaya dia dapat mendengar suaraku yang agak perlahan. Tambahan pula, ketinggiannya yang hanya separas bahuku membuatkan aku terpaksa melakukan sedemikian.
    “ Er. Saya memang pelajar baru kat sini. Saya pergi dulu. Kawan saya dah lama menunggu tu. Syukran sekali lagi. Assalamualaikum.” Mataku menyoroti langkahnya tanpa sebarang kata yang keluar dari bibirku. Kelu! Ish, tak pernah aku macam ini..



   “ Aisy’ ! Apa kau buat dengan mamat tu? Kau kenal dia ke, Aisy’ ?” Risha memandang Aisy’ Farhani dengan senyuman penuh makna.

    Hish, Risha nampak aku ke tadi? “ Err. Eh ! Tak kenal pun lah. Dia pulangkan diari aku yang tercicir tadi.” Wajahnya kelihatan kemerahan.
     “ Oh, ye ke? Kau patut bersyukur gila. Dia tu Firas Imtiyaz Ashraff. Tahun ni SPM. Huh! Mamat tu memang hot stuff kat sini. Gelaran dia kat sekolah ni, memang dah gah dah. King Casanova! Tapi, sejak akhir-akhir ni aku tengok macam dah dapat hidayah je. Dia tak layan awek-awek keliling dia dah. Kecuali seorang minah kerek ni, Tiz! Kau kenal?” Aisy’ Farhani  hanya menggeleng.” Budak batch kita jugak. Dia budak account. Tak kisahlah kan. Tapi, aku dengar budak-budak ni cakap Firas tu balak dia. Tak tahulah betul ke tak. Wallahualam. Mulut orang mana...”
     “ Chopp2! Yang kau cerita habis segala isi-isi tak penting ni dah kenapa? Malaslah aku nak ambil tahu. None of my business. Eleh! Mesti kau pun salah seorang awek-awek yang admire dia kan?”
    “ Chedd! Mana ada. Dulu tuh yelah. Bak kata orang, benda yang lama, jangan dikenang. Huhu. Lagipun, aku rapat dengan adik dia, Hudiya Aryan. Form 2 , sekolah ni jugak. Aku dah anggap dia adik aku sendiri pun.” 
    “ Haha ! Nak masuk jarumlah tu. Yelahkan. Orang kata, nak tambat hati si abang, kena pikat si adik dulu kan? Tak gitu Cik Rish ?” Aisy’ Farhani tergelak kecil apabila melihat Risha memuncungkan bibirnya tanda protes!

      “ Assalamualaikum.” Aisy’ Farhani tersentak. Novel yang sedang dibacanya hampir tercampak. Aisy’ Farhani terus menukar posisinya daripada bersila kepada berdiri apabila melihat aku yang memberi salam kepadanya. 


     “ Err. Waalaikumussalam. Maafkan saya. Saya nak balik sekarang ni.” Aisy’ Farhani mencapai beg sandang putihnya lalu mengorak langkah dengan pantas. Tanpa disedarinya, lengannya terseret duri. “Allah! Sakitnya!” Darah mengalir keluar dari luka tersebut. Keningnya berkerut menahan kepedihan. 

     “ Aisy’ Farhani! Awak okey tak?  Maaf. Bukan niat saya untuk menyentuh awak tapi izinkan saya membersihkan darah pada lengan awak dengan tuala ni.” Aku terus membasahkan tuala kecil Aisy’ Farhani lalu mengelap darah yang mengalir. “ Tahan sikit ye. Almost done.” Aku membaluti pula lengannya dengan menggunakan tuala bersih milikku.     “ Alright. Done. Feel better?” Aku tersenyum memandangnya. “ Yup. Much better. Thanks a lot.” Pipinya kemerah-merahan. Comel! Desis hatiku.  
    “ Awak, syukran sangat-sangat. Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak. Hmm, macam mana awak tahu nama saya?” 

   “ Diari awak. By the way, saya.. Firas Imtiyaz Ashraff. Make it simple, Fir.” Sepasang mataku masih memerhatikan wajahnya.     “ Astaghfirullah! Saya dah lewat ni. Saya balik dulu ye Fir. Terima kasih sekali lagi.” Aisy’ Farhani bergegas untuk pulang.     “ Okey. Tapi sebagai balasan tadi, boleh saya berjumpa dengan awak lain kali?” Bukan niatku untuk meminta balasan daripadanya. Sejujurnya aku ikhlas. Tapi, itu sahaja caranya bagi aku mengenali gadis bernama Aisy’ Farhani. Lama dia berfikir lalu menganggukkan kepalanya perlahan.
           Dari jauh, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dengan penuh api kebencian !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

        Pada waktu malam, di dalam kamar tidur Tiz…
          “ Ahhh ! Tak guna punya budak baru hingusan! Baru masuk sekolah ni, dah tunjuk taiko! Kacau Firas pulak tu !  Arrrrghhhh !” Tiz mencampak semua barang-barang yang berada di atas meja soleknya tanda melepaskan geram. “ Arrrrghh ! Ini Tiz Raisha lah ! Apa aku nak, aku akan dapat! Kau siaplah Aisy’ ! Lepas ni, Firas confirm benci kau!” Tiz meramas rambutnya yang panjang mengurai sambil ketawa kejam!


         Tok..tok..tok.. Pintu kamarnya dibuka dari luar.

        “ Neng Tiz, bibik udah nyiapin…” Bibik terkaku apabila melihat seekor makhluk yang berbaju putih dengan rambut persis pontianak. “ Se…se… Setaaannnn!!!!” bibik menjerit lalu lari lintang-pukang sehingga kepalanya hampir sahaja terhantuk dinding. Mulutnya tidak henti terkumat-kamit membaca ‘jampi’. 
      “ Hoii , bik ! Ni aku lah bik ! Kurang ajar punya bibik ! Setan dia gelar aku..!” Tiz membaling bantal tidurnya ke muka pintu. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

         Sejak kejadian yang tidak pernah kuduga itu, semakin hari semakin aku mengenal siapa itu Aisy’ Farhani. Tidak kusangka, pejam celik pejam celik, sudah 2 bulan aku mengenalinya.  Alhamdulillah, kami semakin akrab. Tetapi itu tidak bermakna bahawa aku lalai dalam SPM. Aisy’ Farhani! Gadis itu tidak pernah berhenti mengingatkan aku tentang SPM yang bakal menjelang sebulan sahaja lagi. Kami sentiasa mengulangkaji bersama juga ditemani Risha dan Izzat. Kerana kami tahu, apabila seorang gadis dan seorang jejaka berduaan, pasti akan ada orang ketiga yang menghasut kami melakukan perkara yang dilarang Allah. Gadis itu juga sentiasa menegur apabila aku melakukan kesilapan. Jujur aku katakan, aku tidak pernah sedikit pun menyentuh dirinya kerana aku tahu batas-batas antara kami.

         Satu kejadian yang tidak akan aku lupakan telah berlaku kepada kami. Aisy’ Farhani difitnah dan aku hampir sahaja meragui kebaikannya. 

     “ Fir ! Wah. Mentang-mentang dah ada awek baru a.k.a. Aisy’, awak terus lupakan saya, ye.” Aku yang sedang berjalan menuju ke perpustakaan, ditegur Tiz.    “ Awek? Eh , mana ada. Aisy’ ? Kami kawanlah. Awak nak apa ni? Saya nak cepat.”    “ Tak delah. Saya cuma nak bagitahu awak yang Aisy’ Farhani tu bukan sebaik yang awak sangkalah Fir. Jangan jadi bodoh boleh tak? Dia nak kenakan awaklah Fir. Dia nak mainkan perasaan awak.”     “ Apa yang kau cakapkan ni? Mana kau tahu semua ni?” Api kemarahan kian memuncak. “ Wowowo ! Cool down, Fir ! Dia sendiri bagitahu aku.Risha si bestfriend dia tu pun ada masa tu. Dia nak perangkap kau. Dia nak..”       “ Tipu ! Firas ! Kau jangan percaya cakap betina ni. Dia nak hancurkan persahabatan kau dengan Aisy’ !” Kelihatan Risha dan Izzat mengorak langkah ke arah kami.
      “ Hey, Tiz ! Apa yang kau sakit hati sangat dengan Aisy’ tu ha? Dia pernah buat salah kat kau ke sampai kau nak fitnah dia?” Lurus jari telunjuk Risha mengarah ke wajah cuak Tiz. “ Fir ! Buat pengetahuan kau, hari tu, perempuan ni datang serang Aisy’ ! Dia tengking dan kutuk Aisy’ sebab dia kata Aisy’ rampas kau daripada dia. Kepala Aisy’ hampir terhantuk pada bucu meja apabila  si Tiz ni tiba-tiba mengamuk lalu tolak Aisy’ sekuat hati dia.Nasib baik masa tu, aku ada. Kalau tak, dah pecah kepala Aisy’ perempuan ni buat! Dan buat pengetahuan kau, Tiz, kau boleh dibuang sekolah atas kesalahan cubaan mencederakan kawan secara sengaja. Tapi, kau tahu apa Aisy’ cakap? Aisy’ maafkan kau dan Aisy’ takkan ambil apa-apa tindakan atas apa yang kau buat pada dia.”

     “ Betul ke apa aku dengar ni, Tiz? Bagitahu aku!” Buat kali pertamanya aku menengking seorang gadis. Mukanya pucat. Lidahnya kelu. Air matanya merembes keluar dari tubir matanya. Rasa geram, malu dan bersalah bercampur-baur. “ Dah! Baik kau pergi sekarang sebelum kepala kau aku pecahkan!” Tanpa berlengah, Tiz terus berlalu pergi dengan tangisan tersedu-sedan.

       Pejam celik, pejam celik, debaran untuk menduduki SPM kian memuncak. Hanya tinggal 48 jam sebelum aku berjuang habis-habisan. Keputusannya yang akan menjelaskan bagaimana kehidupanku kelak. Aisy’ Farhani! Aku merindui dirinya. 
Memori terindah ini tidak akan aku lupakan. Setiap saat yang aku lalui bersamanya sebulan yang lalu seolah-olah dimainkan kembali dalam kotak fikiranku.

  

      “ Assalamualaikum, Aisy’.” Aisy’ Farhani yang sedang membaca novel, memandang ke arahku. Senyuman manis terukir di bibirnya. Ya Allah! Aku akan merindui dirinya. 
      “ Waalaikumussalam, Fir. Buat apa kat sini?” Seperti biasa, dia menundukkan pandangannya apabila mata kami bertatapan. 
      “ Nak jumpa Aisy’ Farhani sayalah. Hmm, saya nak bawak awak pergi somewhere. Jom..”
      “ Hm, tak bahayakan?” keningnya dijongketkan. Aku hanya tersenyum lalu menggeleng. “ Okey, saya percayakan awak! Tapi, kalau awak buat yang bukan-bukan, saya Taekwondo awak tau!” Aisy’ Farhani memasukkan buku-bukunya ke dalam beg. Aku mengambil kain lalu mengikatnya menutupi sepasang matanya. 
     “ Eh, kenapa kena tutup-tutup mata ni, Fir? Tak sukalah..”
     “ Shhh. Awak ikut je okey. Saya akan tarik awak guna tali beg ni. Saya janji takkan sentuh awak.
        Aisy’ Farhani hanya menurut. Setibanya di taman bunga yang telah kuhias indah, aku melonggarkan ikatan matanya. 
      “ Subhanallah! Cantiknya.. Apa semua ni, Fir?” matanya ligat memerhati sekeliling taman yang dihiasi dengan bunga tulip putih dan bunga melur yang bertaburan di atas tanah.
      “ Bunga favourite Aisy’ ! But how you…?”
      “ Hmm, Aisy’ nak tahu sesuatu tak? Saya kerap bermimpi yang saya berjumpa seorang gadis yang saya langsung tidak kenalinya. Wajahnya serupa dengan Aisy’ ! Gadis itu sentiasa bawa bersamanya tulip putih dan bunga melur. Saya sangkakan itu hanyalah mainan tidur. Tetapi sebenarnya, Allah bagi Fir petunjuk yang Fir akan menjumpai seorang gadis yang boleh menyedarkan Fir tentang indahnya Islam itu. Aisy’ Farhani adalah gadis itu ! Terima kasih , Aisy’. Terima kasih. Hmm, Aisy’ suka surprise ni?” 
      “ Suka ! Suka sangat ! Saya akan simpan segala memori ini sampai akhir hayat Aisy’. Hmm, putih! Warna kesukaan saya. Cantikkan warna putih? Suci!”
           “ Yup. Lawa sangat.. Macam tulah perasaan Fir untuk Aisy’. Seputih dingin salju itu warna cinta saya untuk awak.” Wajah Aisy’ Farhani beriak tenang.

           “ Firas, tipulah kalau saya kata saya tiada perasaan langsung buat awak. Awak lelaki pertama yang saya jumpa dan saya harap, dengan izin Allah, awak yang terakhir buat saya. Saya nampak keikhlasan dalam hati awak. Saya dapat merasainya kerana saya juga punyai perasaan yang sama. Tapi wak, perjalanan hidup kita ni, masih jauh lagi. Masih banyak lagi perkara yang kita perlu tempuhi. Masih banyak lagi ilmu-ilmu Allah yang belum kita pelajari. Lepas alam menengah, kita akan meneruskan lagi perjuangan kita ke IPTA untuk capai impian kita. Buat masa ni, biarlah kita serahkan hati ini hanya untuk Allah dan RasulNya. Kalau ada jodoh, tak kemana kan, Fir? See You di IPT, Firas Imtiyaz.” Suaranya tersekat-sekat menahan sebak. Sesekali aku lihat dia menyeka manik-manik halus yang keluar dari tubir matanya. 


            Serasa ingin sahaja aku mengelap air matanya dan memeluk tubuhnya untuk berkongsi kedukaannya. Tapi, apakan daya. Hukum Allah tidak boleh dibuat main. Dia bukannya mahramku. Ya Allah, jika benar Aisy’ Farhani yang terbaik buatku , Ya Allah , kau pertemukanlah kami kelak Ya Allah. Dekatkanlah hati kami, Ya Allah.

            “ Shhhh.. Aisy’..”
Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cintaku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum…


“Usah menangis lagi. Kembali senyum, Aisy’. InsyaAllah , ini bukan pertemuan terakhir kita. Jika benar ini pertemuan terakhir kita, bererti ada lelaki di luar sana yang lebih baik daripada saya untuk awak. Allah sudah menentukan segalanya. Semuanya sudah tercatat di Lauh’ Mahfuz sejak roh dimasukkan ke dalam badan ketika kita di dalam alam rahim lagi. Allah is the best planner, Aisy’ Farhani. Selagi tiada perkara buruk berlaku pada saya, saya akan setia menanti awak. See You di IPT, Aisy’ Farhani. See You di IPT.” 

Thanks For Reading- Imperfect Heroine

No comments:

Post a Comment