Saturday, August 11

Marah vs. Sedih



You will lost 60 SECONDS of HAPPINESS
if you are ANGRY or UPSET for 1 MINUTE.

Hm, korang percaya tak dengan kalimah di atas? ^.^ Percaya atau tak, WAJIB percaya sebab benda tu adalah FAKTA ! kawal emosi anda. Boleh jadi, hanya disebabkan perkara kecil, kau akan hilang 60 saat yang sangat berharga tu. Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah. Sebagai satu sifat yang semulajadi, marah bukanlah satu kecacatan atau kekurangan manusia. Tapi, emosi marah ni, boleh jadi sifat yang keji, jika perasaan itu bertukar menjadi dendam dan benci.



Emosi marah yang tidak dapat dikawal boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Allah s.w.t turut menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran ayat 134. Maksud-Nya : (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 


Emosi sedih pulak akan timbul bila kita berhadapan dengan situasi yang mengecewakan atau muncul atas sebab penderitaan kerana luka atau sakit di hati.  Hah ! Jadi pada sesiapa yang merasakan kesedihan atau lebih dikenali sebagai pemusnah kegembiraan, Istighfarlah. Mengadu pada Allah. InsyaAllah, Allah akan menolong kita. Ataupun, buat sesuatu yang boleh menggembirakan hati kita. Main bola ke, tengok tv ke, baca novel ke, berangan ke.. Tak kesahlah apapun. Asalkan boleh mengurangkan atau melenyapkan terus rasa sedih itu.Ops ! Janganlah sampai bunuh orang ! <--- WARNING ! Time ni lah bergunanya seorang KAWAN. She or he 's the one who can lend their shoulders for you to cry on. Remember this, A FRIEND IN NEED, IS A FRIEND INDEED. Kongsi perasaan tu dengan teman paling rapat dan boleh dipercayai, oke? :) Dengan izin-Nya, maka kuranglah remuk redam di hati anda itu.



Islam lebih menganjurkan umatnya supaya tidak bersedih kepada perkara-perkara yang melalaikan dan bersedih sehingga melemahkan diri serta sehingga melahirkan kata-kata mengkufurkan Allah s.w.t. Dalam al Qur’an ada menjelaskan mengenai emosi sedih. Hal ini sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah al Baqarah ayat 277. 
Maksud-Nya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. 


Thanks For Reading- Imperfect Heroine

No comments:

Post a Comment